Khamis, 26 November 2015

HEBAHAN: Gotong-royong EKSA MOA bulan November 2015


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 

Gotong-royong EKSAMOA akan diadakan pada 27 november 2015 bersamaan hari jumaat pada pukul 3 hingga 5 petang. Gotong-royong ini diadakan sebagai persediaan tugasan Audit Eksa Bil. 2/ 2015. 

Bersama kita jayakan.

Rabu, 19 Ogos 2015

Mesyuarat EKSAMOA Bil.2 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Induk EKSA MoA telah diadakan pada 19 Ogos 2015 bertempat di bilik mesyuarat Bahagian Pentadbiran, aras 8. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Yunos bin Mohd Arifin membincangkan mengenai persiapan untuk melaksanakan EKSA di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Selain itu, mesyuarat juga dimaklumkan tentang senarai nama-nama Zon bagi setiap Bahagian atau Unit sehingga bulan Julai 2015. 


Mesyuarat diambil maklum beberapa perkara berkenaan aktiviti EKSAMOA. Antaranya:
1. Gotong royong umum akan diadakan pada 21 Ogos 2015 bersamaan hari Jumaat. Poster hebahan akan diedar secara digital dalam masa terdekat.
2. Audit dalam akan mula membuat tinjauan pada setiap Zon sekitar bulan September 2015. Tarikh khusus akan diumumkan kemudian. 

Jawatankuasa Promosi Induk turut menyediakan pembentangan rekabentuk promosi EKSA yang telah diluluskan oleh KSU, MoA. Antara rekabentuk yang ditetapkan ialah seperti logo, pennant/ bunting, poster Misi, Polisi dan Objektif, Letterhead EKSAMOA. Setiap wakil Zon yang hadir, telah menerima poster Misi, Polisi dan Objektif EKSAMOA untuk dimuatkan dalam sudut EKSA di Bahagian atau Unit masung-masing. Manakala buku panduan EKSAMOA akan diserahkan kepada setiap Zon dalam masa yang terdekat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi. Dan akan diadakan semula dalam masa yang terdekat.